Pages

Wednesday, July 5, 2017

Kenapa?



Kenapa orang suka ambil kesempatan bila kita buat suatu kebaikan terhadap diri mereka?
Kenapa orang tak pernah nak faham apa yang kita rasa?
Kenapa susah orang nak appreciate kita?

Kadang, aku penat.
Kecewa. Sedih.
Sebab orang tak menghargai apa yang aku buat terhadap diri mereka.

Bukan kecewa sebab putus cinta.
Tetapi, disebabkan seorang kawan.
Kita cuba untuk menyelami hatinya, memahaminya.
Tapi.......
Kenapa dia tak perasan dan langsung tak appreciate apa yang kita buat terhadap diri mereka selama ini?
Kita cuba untuk jadi kawan yang terbaik buat diri mereka, 
Tapi, mereka melayan kita dengan kejam hingga hati kita sendiri tidak terjaga dan terguris.
Bagai retak seribu.

Sehingga hati ni menjadi sedih.
Sedih dengan tindakan mereka yang tidak pedulikan kita.
Dan yang mampu kita lakukan hanya dengan berdiam diri.
Dan menahan segala keperitan dan kesedihan hati dengan sendiri.

Tiada sesiapa yang mengetahui.
Hanya diri kita yang merasa.

Kadang juga aku persoalkan diri aku.
Tidak cukupkah layanan dan kasih sayang aku sebagai seorang kawan atau sahabat terhadap diri mereka?
Apa yang perlu aku perbaiki untuk menjadi kawan atau sahabat yang terbaik?

Sedih.
Cukup sedih.
Tak tergambar dek perasaan.

1 comment:

Eeiou_ said... [Reply]

Hmmm stay strong! It isn't wrong to cut toxic people out of our life.
Don't be sad. Chin up babe ❤

Copyright© All Rights Reserved sitisyilah.blogspot.com